BOLA SEPAK
DFB-Pokal: Leipzig muncul juara buat pertama kali
Sepuluh pemain RB Leipzig memenangi DFB-Pokal buat kali pertama dalam sejarah mereka menerusi penentuan penalti 4-2 ke atas Freiburg di Berlin semalam.
Freiburg, yang beraksi di final utama buat pertama kalinya, mendahului pada minit ke-19 hasil rembatan denda Maximilian Eggestein, walaupun bola jelas terkena tangan Roland Sallai.
Leipzig dikurangkan kepada 10 orang sejurus sebelum tanda sejam apabila Marcel Halstenberg menerima kad merah kerana menjatuhkan Lucas Holer, namun mereka menyamakan kedudukan pada minit ke-76 menerusi Christopher Nkunku.
Iklan
Anak buah Domenico Tedesco telah tewas dua perlawanan akhir dalam tempoh tiga tahun yang lalu, tetapi mereka akhirnya berjaya meraih trofi di Olympiastadion apabila pemain Freiburg, Christian Gunter dan Ermedin Demirovic terlepas sepakan penalti dalam penentuan itu.
Must-Watch Video