Skip to main content

Bola Sepak

DFB Pokal: Serge Gnabry bakal berehat panjang susulan alami kecederaan patah tangan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

0a195b0fd0b7402aaece14a11ab743fd.jpg
Serge Gnabry bakal diketepikan untuk tempoh yang panjang selepas mengalami patah lengan dalam kemenangan 4-0 DFB Pokal Bayern Munich di Preussen Munster.

Pemain berusia 28 tahun itu jatuh dengan kekok dalam cabaran awal dan digantikan sejurus selepas Eric Choupo-Moting merembat masuk gol pendahuluan juara Bundesliga itu pada minit kesembilan.

Bayern kemudian mendedahkan tahap kecederaan Gnabry di akaun media sosial mereka, menulis, "Serge Gnabry disahkan mengalami keretakan ulna di lengan kirinya. Ia disahkan selepas pemeriksaan X-ray semasa perlawanan."
 

Pengendali Bayern, Thomas Tuchel, menyifatkan kehilangan Gnabry, yang menjaringkan gol dalam kemenangan Liga Juara-Juara pasukannya ke atas Manchester United, minggu lalu, sebagai tamparan yang hebat.

Tuchel mengesahkan, “Serge akan menjalani pembedahan esok dan akan terlepas beberapa minggu.

“Ia adalah tamparan hebat untuknya secara peribadi dan juga untuk kami. Dia adalah pemain penting dalam pasukan.”

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video