DFB-Pokal: Tuchel pikul tanggungjawab Bayern tersingkir

Ammar Hakim
April 5, 2023 13:33 MYT
Thomas Tuchel memikul tanggungjawab penyingkiran Bayern Munich pada suku akhir DFB-Pokal, selepas mereka mengalami kekalahan 2-1 kepada Freiburg.
Pendahulu Bundesliga kelihatan bersedia untuk masa tambahan di Allianz Arena, selepas tandukan Dayot Upamecano dibatalkan oleh Nicolas Hofler.
Tetapi penalti yang diberikan selepas bola terkena tangan Jamal Muisala dalam masa kecederaan separuh masa kedua membolehkan Lucas Holer memastikan kemenangan terakhir buat pelawat menerusi sepakan penalti.
Hanya dalam perlawanan kedua sejak menggantikan Julian Nagelsmann, Tuchel mengakui dia harus menanggung kesalahan di atas kekalahan mereka.
"Saya benar-benar tidak marah," katanya.
"Kami melepaskan dua gol dengan dua percubaan.
"Saya tidak ingat satu lagi peluang dari Freiburg.
"Hasil terakhir, [dan] ketepatan jelas, semuanya menjadi isu. Namun, kami mempunyai momen baik yang boleh kami gunakan, tetapi [kami] tidak dapat mengekalkannya.

24 – With their 2-1 in the cup quarterfinal, SC Freiburg has won for the first time an away game at Bayern München in the 24th attempt in all comps. In 23 Bundesliga games in Munich Freiburg could manage only three draws and lost 20 games. History. #FCBSCF pic.twitter.com/4OFgs0h9SE

— OptaFranz (@OptaFranz) April 4, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Akhirnya, ia adalah salah kami. Kami sangat kecewa [tewas] suku akhir di tempat sendiri. Sudah tentu, saya bertanggungjawab."
#Bayern Munich
;