Marcel Desailly telah memberikan amaran kepada Chelsea bahawa gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) masih jauh serta menegaskan cabaran sukar menanti mereka.
Chelsea mendahului takhta liga dengan kelebihan tujuh mata ke atas Tottenham dengan berbaki tujuh perlawanan tetapi bakal berdepan Manchester United, Southampton dan Everton, bulan ini.
Chelsea turut menghadapi aksi separuh akhir Piala FA berdepan Spurs pada 22 April.
Desailly yakin skuad pimpinan Antonio Conte mampu meraih sekurang-kurangnya satu gelaran musim ini tetapi menyedari saingan pada minggu yang mendatang amat penting buat The Blues.
"Saya gembira dengan kedudukan Chelsea," kata Desailly.
"Chelsea gagal beraksi cemerlang ketika dikendalikan Jose Mourinho musim lalu, terlalu banyak kontroversi yang tercetus dan segala taktik tidak membuahkan hasil. Kehadiran N'Golo Kante, Marcos Alonso dan Victor Moses meningkatkan semula pasukan ini.
"Mereka akan beraksi dalam Liga Juara-Juara (UCL) musim depan. Tetapi mereka perlu memberikan tumpuan untuk aksi berdepan Spurs dalam aksi separuh akhir Piala FA serta beberapa perlawanan liga bertemu Manchester United dan Everton."