BOLA SEPAK MSIA
Derrick Gan ditaja ke Oman?
Penyokong Harimau Malaya yang tular di Piala Asia Qatar, Derrick Gan dikhabarkan bakal ke Oman bagi menyaksikan perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2027/Piala Asia 2026 antara Oman dan Malaysia.
Sebelum ini, Derrick Gan tular di Piala Asia Qatar ketika jaringan penalti Arif Aiman yang meletakkan Malaysia mendahului 2-1 pada satu ketika dalam perlawanan yang berkesudahan 3-3 itu.
Adakah Derrick Gan bakal ditaja untuk terbang ke Oman? Segala persoalan bakal terjawab pada malam esok kerana Nadi Arena bawakan khas Derrick ke dalam studio sebagai tetamu jemputan.
Nadi Arena akan bersiaran pada jam 5.00 petang esok sebelum bermulanya saingan suku akhir Kejohanan Badminton Seluruh England juga di siaran yang sama 801HD.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Malaysia bakal berdepan Oman pada 22 Mac ini jam 2.00 pagi dan akan disiarkan secara langsung di Astro Arena saluran 801HD.
Sebelum itu, anak buah Kim Pan-gon bakal menghadapi satu aksi pemanas badan menentang Nepal pada esok secara bertutup.
Dan pada 26 Mac nanti pula, sepak mula antara Malaysia dan Oman di Stadium Bukit Jalil bermula jam 10.00 malam dengan harga tiket terbuka serendah RM40 diumumkan oleh Persekutuan BolaSepak Malaysia (FAM).
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.