Skip to main content

Bola Sepak

Derby Merseyside: Allison tekad buktikan semangat Liverpool masih bernyala

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

alisson.jpg
Liverpool yang dalam prestasi merudum harus membuktikan bahawa kemahuan tinggi mereka tetap utuh apabila mereka melayani kunjungan Everton dalam 'derby' Merseyside, kata penjaga gol Alisson Becker.

Kekalahan 0-3 di Wolves minggu lalu memanjangkan penantian The Reds untuk mengecapi kemenangan pertama Liga Perdana Inggeris (EPL) pada tahun ini, lantas meletakkan anak buah Jurgen Klopp itu di pertengahan carta dan ketinggalan 11 mata daripada kelab di tangga keempat.

Hanya sekali dalam era EPL, Liverpool memulakan tahun baru dengan kemarau kemenangan iaitu lima perlawanan pada 2017, malah gagal mencetak sebarang gol dalam tiga perlawanan liga terakhir. 

Pergelutan itu membawa kepada cadangan agar pasukan yang hampir merebut empat kejuaraan pada tahun lalu itu perlu dibentuk semula, bahkan kedudukan Klopp turut dipersoalkan. 

Bercakap kepada laman sesawang kelab sebelum perlawanan derby dengan Everton, awal pagi Selasa ini, Alisson berkata: "Ini adalah saat yang sukar - kami menyedarinya.





“Saya rasa langkah pertama yang perlu dilakukan untuk mengubah keadaan ialah mengenal pasti situasi sebenar kami. 

"Kami melakukannya. Untuk minggu ini, kami mempunyai masa (untuk membuat persiapan), kami bekerja keras. Kami tahu kepentingan derby.

"Kami sedar kepentingan dan makna untuk kami menjelmakan persembahan yang baik, untuk menunjukkan kepada penyokong kami bahawa kami masih mempunyai kemahuan dalam diri kami. 

"Kami akan melakukannya dan cuba memenangi perlawanan ini."

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video