Skip to main content

Bola Sepak

Derby Lembah Klang: Selangor medan terbaik KL City ukur kemampuan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kl-city.jpg
Presiden Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA), Syed Yazid Syed Omar, menggesa Kuala Lumpur City agar membuktikan kemampuan ketika menentang Selangor dalam aksi 'derby' Lembah Klang, esok. 

Sedar ia bukan tugas mudah, Syed Yazid tetap menaruh kepercayaan penuh kepada skuad Warga Kota memburu keputusan positif di Stadium MBPJ, secara tidak langsung mengekalkan rekod tanpa kalah di pentas Liga Super musim ini.

"Esok kita (boleh) tengok prestasi sebenar (KL) ketika melawan pasukan yang ada nama di tempat lawan. 




"Keputusan esok boleh tahu hala tuju adakah pasukan ini boleh pergi jauh atau tidak," katanya di Nadi Weekend sebentar tadi. 

Dia turut menzahirkan rasa gembira dan syukur selepas dinobat sebagai Pegawai Sukan Terbaik dalam Majlis Anugerah Sukan Wilayah Persekutuan (ASWP) 2023/2024, kelmarin. 

Untuk rekod, Syed Yazid mula berkhidmat sebagai exco KLFA dari 2013 hingga 2018 selain turut pernah memegang jawatan naib presiden KLFA serta exco Persatuan Bolasepak Malaysia (fam) bagi penggal 2021-2025.

"Saya terbabit KLFA sejak 2013. Daripada pengurus pasukan belia, presiden seterusnya naik ke liga senior. 

"Bermacam cabaran yang dihadapi. KL (menikmati) kejayaan 2017 sampailah KL memenangi Sukma (Sukan Malaysia) 2024 ketika saya bertindak sebagai pengurus pasukan," katanya lagi. 

 
Football

Nike Phantom 6 Low Pro

Control lebih kemas, larian lebih laju & sepakan lebih padu setiap game.


Gear Up Sekarang

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video