Skip to main content

Bola Sepak

Derbi Lembah Klang: Tak sabar jumpa Selangor -- Bintang KL City

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

zhafri.jpg
Pemain tengah berpengalaman Kuala Lumpur (KL) City, Zhafri Yahya, mengakui teruja untuk berdepan Selangor dalam perlawanan derbi Lembah Klang yang dijadualkan berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) Ahad ini.

Ujar tonggak tengah berusia 31 tahun itu, ia amat penting untuk The City Boys mencatatkan keputusan positif berdepan Gergasi Merah demi memastikan kedudukan mereka di kelompok atasan Liga Super terjamin, sekali gus mengekalkan rekod tanpa tewas musim ini.

Zhafri bagaimanapun, mengingatkan pasukannya agar berwaspada dengan ancaman yang bakal ditampilkan anak buah Christophe Gamel terutamanya apabila tuan rumah turun beraksi di hadapan penyokong sendiri.

"Saya tidak sabar bertemu Selangor.




"Ia sangat penting bagi kami, selain meningkatkan moral semua pemain.

"Mereka lebih berbahaya, dan kami harus fokus sepenuhnya lebih-lebih lagi memperbaiki mana yang perlu.

"Masing-masing mempunyai kelebihan dan kelemahan. Paling penting ialah untuk mengekalkan momentum kemenangan," katanya kepada wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi.
Garmin

Semangat Bola Tak Pernah Padam

Main lebih yakin dengan kasut bola ringan & tahan lama. Sesuai untuk semua peringkat pemain.


Dapatkan Sekarang

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video