Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Bola Sepak

Derbi Lembah Klang: Jurulatih KL City bersedia sepenuhnya bertemu Selangor

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

risto.jpg
Ketua jurulatih Kuala Lumpur (KL) City, Risto Vidakovic, menjangkakan perlawanan sukar menanti pasukannya menjelang derbi Lembah Klang menentang Selangor di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) Ahad ini.

Pengendali kelahiran Bosnia-Herzegovina itu menganggap Gergasi Merah tampil lebih ampuh di bawah kendalian pemangku ketua jurulatih, Christophe Gamel, terutamanya selepas meraih kemenangan berturut-turut dalam dua aksi terakhir.

Dia turut mengesahkan pasukannya bebas daripada sebarang isu kecederaan, selain tiada penggantungan kad melibatkan The City Boys.

Untuk rekod, pertemuan terakhir kedua-dua pasukan dalam pentas Liga Super musim lalu menyaksikan Selangor mencatatkan kemenangan tipis 1-0 hasil jaringan pemain sayap, Alvin Fortes.

"Setakat ini, segala persiapan berjalan lancar.

"Semua pemain menunjukkan reaksi positif, sambil tiada kecederaan serius. 

 

"Inilah situasi terbaik dalam kem ketika ini.

"Mereka (Selangor) melakukan pertukaran taktikal. Tetapi, tiada apa yang perubahan besar. 

"Mereka pasukan yang kuat. Kami akan memberikan segalanya dan mendapatkan apa yang kami mahu," katanya di Nadi Arena.
Football

Bersedia Untuk Aksi Seterusnya

Lengkapkan diri dengan kasut bola yang beri kawalan, kelajuan & keyakinan di padang.


Gear Up Sekarang

Advertisement

Must Watch Video