Skip to main content

Bola Sepak

Deportivo pecat Pepe Mel selepas pamer aksi hambar

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

pepe-mel-cropped_c9no2sm1pr9419gdqetnfriup.jpg
Deportivo La Coruna telah memecat ketua jurulatihnya, Pepe Mel, berikutan permulaan sukar mereka pada musim ini.

Kekalahan 2-1 kepada Girona di laman sendiri semalam, meletakkan skuad Galicia itu dua mata di atas zon penyingkiran La Liga, dengan hanya meraih dua kemenangan daripada sembilan perlawanan.

Jurulatih skuad muda, Cristobal Parralo, mengambil alih tugas itu sehingga akhir 2017/18.

"Lembaga pengarah telah memutuskan untuk membatalkan kontrak Pepe Mel sebagai jurulatih pasukan utama," kata satu kenyataan kelab.

"Kelab ingin mengucapkan terima kasih kepada jurulatih kelahiran Madrid itu dan kakitangan kejurulatihannya di atas dedikasi, usaha dan profesionalisme yang mereka tunjukkan ketika tempoh mereka bertugas dalam skuad utama.

"Cristobal Parralo, jurulatih Deportivo Fabril, akan ditugaskan untuk mengendalikan pasukan hingga akhir musim."

Mel sebelum ini pernah berada di Real Betis, di mana dia dipecat pada Januari tahun lalu selepas pasukan itu mempamerkan aksi hambar.

Jurulatih berusia 54 tahun itu telah melatih beberapa kelab di Sepanyol dan turut pernah bertanggungjawab di West Brom pada separuh kedua musim 2013/14.
 

Advertisement

Must Watch Video