Skip to main content

Bola Sepak

Dengar cerita peminat The Red Devils masih bersorak? Terima kasih Harry Maguire!

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

maguire.jpg
Harry Maguire telah melalui fasa sukar dalam kariernya di Manchester United — pernah dikritik, kehilangan kepercayaan, dan sering menjadi bahan jenaka dalam dunia bola sepak. 

Namun, keupayaan untuk bangkit dan membuktikan nilai dirinya menjadi titik tolak penting dalam cerita terbaru ini. Dalam perlawanan liga baru-baru ini di Anfield, Maguire menerima peluang untuk menunjukkan bahawa dia masih mampu memberi impak, dan inilah saat yang ditunggu ramai peminat serta pemerhati bola sepak.

19 Oktober lalu, United bertandang ke kubu Liverpool di Anfield, satu padang yang selama ini menjadi saksi banyak episod getir buat The Red Devils. United membuka jaringan awal melalui Bryan Mbeumo dalam tempoh hanya satu minit, mengejutkan penyokong tuan rumah. 

Anak buah Arne Slot sempat bangkit menerusi Cody Gakpo namun hujung perlawnan muncul Maguire selaku wira menjulang kepalanya untuk menyambut hantaran silang daripada Bruno Fernandes di sudut kawasan penalti. 

Tandukan itu menjadi gol pemenang yang menggariskan kemenangan 2-1 buat United, sekaligus memecahkan tonggak kemenangan di Anfield — kerana ini adalah kemenangan pertama United di sana sejak Januari 2016. 

Jadi faham saja mengapa Maguire digelar wira, kejatuhan United selama ni tak bermakna pengakhiran, mana tahu permulaan kepada kebangkitan baru? Hehe. 

Kemenangan tersebut bermaksud segalanya bagi pemain kelahiran England tersebut, mana taknya hampir sedekad United gagal di Anfield jadi wajarlah mengapa rakan sepasukan dan jurulatih turut memberikan oeengiktirafan besar kepada ketahanan mental dan dedikasi Maguire, meskipun selalu ‘dibahan’ peminat United. 

Tapi jangan suka sangat, kemenangan dramatik ini hanyalah permulaan. Konsistensi masih menjadi kunci utama bagi Maguire dan Manchester United. 

Namun kemenangan di kubu musuh ni boleh dijadikan batu loncatan untuk membina momentum dan membuktikan bahawa kebangkitan Manchester United sudah pun bermula. Dan buat fans The Ree Devils jangan sokong masa menang je okay? Yang penting santai! 
Garmin

Semangat Bola Tak Pernah Padam

Main lebih yakin dengan kasut bola ringan & tahan lama. Sesuai untuk semua peringkat pemain.


Dapatkan Sekarang

Advertisement

Must Watch Video