Skip to main content

Bola Sepak

Denda MFL: Kerajaan Negeri Selangor lancar tabung bantu SFC

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

selangor-fc.jpg
Kerajaan Negeri Selangor menerusi Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS) hari ini melancarkan Tabung Solidariti Bersama Selangor FC bermula malam ini hingga 2 Julai depan bagi memantu kelab bola sepak negeri itu.

Memetik laporan Media Selangor, EXCO sukan negeri itu, Mohd Najwan Halimi, berkata inisiatif itu bertujuan memberikan ruang kepada semua rakyat Malaysia dan peminat sukan bola sepak merentasi batas kenegerian untuk menzahirkan dukungan kepada Selangor FC dengan sumbangan sekecil RM1 kepada tabung berkenaan.

Tambahnya, sumbangan itu akan diserahkan kepada Selangor FC bagi membantu memperjuangkan keadilan sehingga ke peringkat tertinggi terhadap hukuman melampau yang dijatuhkan oleh Liga Bolasepak Malaysia (MFL).

"Kepada yang berhasrat untuk menyumbang, boleh mengimbas kod QR berikut sebagai tanda solidariti," katanya.

Terdahulu, MFL mengenakan empat tuduhan terhadap Selangor FC susulan tindakan pasukan itu 'tidak hadir' dalam aksi Piala Sumbangsih menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor pada 10 Mei lalu.

Hukuman yang diputuskan menerusi mesyuarat Lembaga Pengarah MFL itu termasuk denda RM100,000 yang akan disalurkan kepada badan kebajikan yang akan diputuskan kelak selain larangan kemasukan penonton bagi aksi menentang JDT dalam perlawanan ke-14 liga.

Badan pengelola Liga Malaysia (Liga M) itu memaklumkan skuad Gergasi Merah turut dikenakan bayaran pampasan kerugian yang ditanggung JDT dan MFL selain pemotongan tiga mata dalam pertandingan Liga Super 2024-25.
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video