Skip to main content

Bola Sepak

Dembele akan bermain untuk BVB musim hadapan -- Zorc

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

23617ousmanedembele.jpg
Pengarah sukan Borussia Dortmund , Michale Zorc, menjelaskan bahawa kelab itu masih belum berbincang dengan Barcelona mengenai perpindahan Ousmane Dembele ke Sepanyol.

Dembele memiliki kontrak bersama Dortmund sehingga 2021 selepas menyertai kelab Bundesliga itu dari Rennes bagi musim 2016-17 dengan nilai perpindahan yang tidak didedahkan. 

Dia kini telah berjaya mencetak enam gol dan membuat 12 bantuan jaringan pada musim pertamanya bersama Dortmund.

Prestasi pemain kebangsaan Perancis itu telah dikatakan menarik minat Barcelona. Terdapat laporan dari Sepanyol dan Jerman menyatakan bahawa dia telah bersetuju untuk menerima tawaran selama lima musim di Nou Camp dan kini sedang menunggu persetujuan di antara kedua-dua kelab bagi menyempurnakan perpindahan tersebut.

Bagaimanapun, Zorc menafikannya dengan menegaskan tiada sebarang perbincangan yang telah dijalankan dan menjelaskan Dembele akan terus kekal di Signal Iduna Park.

"Ousmane Dembele memiliki kontrak jangka panjang bersama kelab ini dan dia merupakan antara rancangan utama kami. Tiada sebarang perbincangan yang akan diadakan. Dembele akan bermain untuk BVB musim hadapan," kata Zorc.
 

Advertisement

Must Watch Video