SERIE A
Dele Alli sertai kelab kendalian Cesc Fabregas
Bekas pemain tengah Tottenham dan England, Dele Alli, telah menandatangani perjanjian selama 18 bulan dengan kelab Itali, Como.
Pemain berusia 28 tahun itu telah berlatih dengan kelab itu sejak kontraknya di Everton tamat musim panas lalu dan kini telah bersetuju dengan terma perpindahan yang menyaksikan dia bakal kembali ke kancah liga utama.
Dele tidak bermain secara profesional sejak dipinjamkan ke Besiktas pada Februari 2023 dan dia kini akan berpeluang untuk menyerlah bersama kelab Serie A itu.
Kelab itu kini berada di kedudukan tiga terbawah liga utama Itali dengan perbezaan gol dan akan berhitung dengan Udinese awal pagi esok.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Kelab ini percaya kepada potensi Dele dan komited untuk membantunya menemui semula prestasi terbaiknya," kata pengurus, Cesc Fabregas.
"Pengalaman dan kualiti kepimpinannya sudah pasti akan memberi manfaat kepada skuad."