Skip to main content

Bola Sepak

Dejan Kulusevski: Tottenham mampu menang dengan gaya menarik

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kulusevski.jpg
Dejan Kulusevski percaya corak permainan menghiburkan yang diterapkan Ange Postecoglou mampu membawa lebih banyak keputusan hebat selepas kemenangan bergaya Tottenham ke atas Manchester United, semalam.

Spurs memasuki tahun yang mencabar berikutan kehilangan bintang utama, Harry Kane, yang memilih beralih angin ke Bayern Munich.

Ia menjadi kemenangan pertama Postecoglou sejak dilantik musim panas ini dan menyaksikan anak buahnya memerlukan ketabahan ketika seri 2-2 dalam perlawanan pembukaan di Brentford, minggu lalu.

United bermula dengan garang tetapi Spurs ternyata lebih berkesan menerusi jaringan Pape Sarr dan gol sendiri oleh Lisandro Martinez untuk memastikan kemenangan 2-0 di Stadium Tottenham Hotspur.

“Ia satu suasana yang hebat di stadium hari ini,” kata pemain sayap itu. 

 

“Ia bentuk sokongan yang sangat daripada peminat.

“Kami mahu menggembirakan mereka dan kami gembira kerana dapat melakukannya pada hari ini.

“Saya fikir bola sepak haruslah menghiburkan. Itulah sebabnya kami mula memperagakan aksi seumpama itu dan ketika itulah keputusan hebat boleh datang.

“Jadi, ia adalah permulaan yang baik untuk mula berseronok dan kemudian bertambah baik. Kami perlu sentiasa bergembira, kemudian teruskan usaha untuk berkembang dan kami akan bertambah bagus.”

Advertisement

Must Watch Video