Skip to main content

Bola Sepak

Declan Lambert tambah pincang Kuala Lumpur City

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

declan-lambert.jpg
Khidmat Declan Lambert sah tidak dapat diketengahkan dalam perlawanan menentang Sri Pahang FC, di Stadium Darul Makmur, esok, akibat kecederaan lutut yang dialaminya ketika perlawanan Piala FA menentang Sabah minggu lalu.

Perkara itu disahkan sendiri ketua jurulatih Kuala Lumpur City, Bojan Hodak, namun perlu meneliti semula tempoh dia perlu direhatkan berdasarkan keputusan saringan kecergasan.

"Semua pemain dalam mood yang baik selepas bertandang ke Sabah. 

"Sean (Giannelii) tidak sihat, Patrick Reichelt baru menyambung latihannya selepas dibelenggu kecederaan. 

"Kevin Mendoza dan Azri Ghani juga sudah mula berlatih.




"Tapi Declan (Lambert) sudah pasti akan tersisih dan kami masih menunggu laporan untuk menentukan berapa lamakah dia perlu berehat," katanya dalam sesi latihan semalam. 

Dalam pada itu, satu-satunya penjaga gol yang mampu diturunkan untuk beraksi esok, Azim Al-Amin Kamaruddin, melihat peluang kali ini adalah pentas terbaik untuknya berikutan Azri dan Kevin baru sahaja pulih.

"Dia muncul Pemain Terbaik ketika bertemu Sabah tapi bukanlah pilihan utama jadi kita akan lihat pada masa akan datang," katanya lagi. 


 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video