Skip to main content

Bola Sepak

Dean Smith percaya Leicester masih mampu taruh harapan kepada Jamie Vardy

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

jamie-vardy_271901929-(1).jpg
Pengendali Leicester,  Dean Smith, percaya Jamie Vardy, masih mampu menyinar walaupun di penghujung kariernya.

Penyerang berusia 36 tahun itu berada di tahap terbaik beberapa minggu ini, menjaringkan gol dalam dua perlawanan terakhir untuk membantu Foxes keluar daripada zon penyingkiran Liga Perdana Inggeris, selepas melewati 19 perlawanan tanpa jaringan.

Kisah Vardy hadir ke kancah utama bola sepak diketahui secara meluas dan Smith percaya bahawa dia tidak menggunakan sistem secara tradisional boleh membantunya sekarang.

"Ia tidak mengejutkan saya sama sekali -- dia adalah seseorang yang menjaringkan 136 gol Liga Perdana Inggeris," kata Smith mengenai kebangkitan Vardy menjelang pertembungan penting dengan Fulham esok.

“Apa yang saya lihat daripadanya ialah keinginan untuk terus bermain, daripada larian yang dia lakukan. BIlangan lariannya yang cukup baik ketika perlawanan sebelum ini.

“Jadi dia mungkin tidak mempunyai semua perlawanan itu sebelum ini -- di peringkat akademi misalnya. Jadi saya tidak nampak mengapa dia tidak boleh berkembang pada usia lanjutnya."

Tambahnya lagi, “Saya tidak menonton terlalu banyak perlawanan untuk melihat sama ada dia bermain mengikut kekuatannya.

“Dia tidak mendapat masa padang sebanyak yang diperlukan, tetapi saya tidak berada di sini jadi saya tidak tahu.

“Shakey’s (penolong, Craig Shakespeare) pernah bekerja dengannya sebelum ini dan mengenalinya sebagai seorang dan pemain.

“Saya mengenalinya sebagai pemain yang pernah menentang pasukan yang pernah saya uruskan sebelum ini.

"Dia sentiasa menjadi ancaman, sentiasa menghadirkan masalah buat pertahanan lawan kerana dia merupakan salah seorang pemain terbaik dalam posisinya."

 

Advertisement

Must Watch Video