David De Gea berasakan mustahil untuk dirinya menyertai mana-mana kelab dalam kancah Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas tempoh 12 tahun di Manchester United sebelum ini.
De Gea dilepaskan secara mengejut oleh United pada 2023 apabila kontraknya tamat selepas membuat 545 penampilan untuk kelab itu dalam semua kejohanan.
Dia menyimpan rekod 190 perlawanan tanpa bolos sepanjang di Old Trafford, dan telah memenangi gelaran juara liga, Piala FA, dua Paila EFL dan Liga Europa, malah merupakan Pemain Terbaik Tahunan sebanyak empat kali di United.
Penjaga gawang berusia 34 tahun itu sebelum ini memilih untuk mengambil tempoh 12 bulan berehat daripada kancah bola sepak sebelum kembali menyertai Fiorentina pada Ogos 2024.
Malah, De Gea turut menolak beberapa tawaran daripada kelab EPL dengan menjelaskan hubungannya dengan The Red Devils menjadi penghalang daripada dia kembali ke liga itu.
"Saya menolak tawaran dari England kerana selepas menghabiskan bertahun-tahun di United, anda rasa seperti anda tidak mahu bermain di kelab lain di England.
"Saya hanya mahukan Manchester United, dan walaupun benar saya ada menerima tawaran daripada England, saya tahu mustahil untuk saya bermain di tempat lain.
"Saya menghabiskan seluruh hidup saya di sana." katanya.

Preparation underway ? pic.twitter.com/7ndKcYItDC
— David de Gea (@D_DeGea) July 16, 2025