LIGUE 1
De Bruyne tolak tawaran dari kelab Eropah, Arab Saudi demi Napoli
Kapten Belgium, Kevin De Bruyne, berkongsikan dia menolak palbagai tawaran dari Eropah, Amerika Syarikat dan Arab Saudi untuk menyertai Napoli.
Kevin menghabiskan 10 tahun Bersama Manchester City sebelum melakukan perpindahan secara percuma ke pasukan juara Serie A itu.
Untuk rekod, dia telah menjaringkan 72 gol dalam 288 penampilan di Liga Perdana Inggeris (EPL), manakala hanya Ryan Giggs (162) mempunyai lebih banyak bantuan jaringan dalam liga berbanding De Bruyne (119).
Iklan
Pemain berusia 34 tahun itu telah memenangi enam kejuaraan EPL dibawah kendalian Pep Guardiola dan membantu The Netizen merangkul trofo Liga Juara-Juara (UCL( pertama mereka pada 2023.
"Saya menerima banyak tawaran, di mana-mana sahaja (pasukan) di Eropah, Amerika dan Saudi. Tetapi pada akhirnya berasakan datang ke sini dan perasaan itu sangat penting.Secondo giorno di ritiro a DimaroLeggi il report degli allenamenti: https://t.co/OGjAoieYhX pic.twitter.com/Nq9ELrFhs5— Official SSC Napoli (@sscnapoli) July 18, 2025
"Saya membuat keputusan untuk cuba membuktikan diri saya pergi Itali dengan saingan liga baru.
"Saya telah berada dalam EPL sekian lama, sudah tiba masanya mencari cabaran baru.
"Saya berharap boleh membantu pasukan berkembang dengan cara dan saya juga boleh belajar daripada mereka." katanya.
Must-Watch Video



