BOLA SEPAK
Davies sedia kerah keringat di bawah kendalian Cklamovski
Tonggak pertahanan Harimau Malaya, Matthew Davies, mengakui teruja untuk menjadi sebahagian daripada barisan pemain skuad kebangsaan di bawah kendalian ketua jurulatih baru, Peter Cklamovski.
Davies yang juga kapten Johor Darul Ta'zim (JDT) bagaimanapun menganggap bukan mudah untuk berada dalam skuad revolusi Harimau Malaya sebaliknya perlu kerja keras bagi menambat hati pengendali kelahiran Australia itu.
Dia percaya segala usaha yang dilakukan oleh Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail adalah demi memartabatkan bola sepak Malaysia di pentas antarabangsa.
"Ini merupakan satu projek baharu dalam skuad kebangsaan. Sudah pasti saya teruja terutama ia telah dimulakan daripada Tunku Ismail. Saya berharap keputusan positif mampu dicapai Harimau Malaya selepas ini," katanya.