Ketua jurulatih Sarawak, David Usop, tidak menyangka dapat membawa balik mata penuh sambil menyifatkan dua jaringan awal pada separuh masa pertama berjaya membunuh semangat perjuangan pemain Kelantan dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, malam tadi.
“Memang, kita tidak sangka dapat bawa balik mata penuh dari Kota Bharu kerana kedudukan Kelantan dalam Liga Super lebih baik daripada Sarawak.
"Namun, pemain memberikan aksi yang terbaik dan dapat menguasai permainan. Satu mata pun cukup baik tetapi tiga mata adalah bonus untuk membaiki kedudukan kami dalam carta liga.
“Memang saya akui dua gol awal itu memberi kelebihan kepada kami dan menambah tekanan kepada tuan rumah. Gol pertama hasil sepakan percuma yang baik dan jaringan kedua disudahkan dengan begitu tenang oleh Mateo (Roskam),” katanya.
David juga menyifatkan kemenangan 2-0 ke atas Kelantan amat penting untuk membolehkan skuad Bujang Senang keluar daripada zon penyingkiran Liga Super dan menjadi motivasi terbaik kepada pemain sebelum memulakan aksi dalam saingan Piala Malaysia, Selasa ini.
“Kemenangan ini sangat penting kepada Sarawak bagi meyakinkan penyokong bahawa kami mampu melakukan yang terbaik.
"Lebih daripada itu, saya harap kemenangan ini membakar semangat pemain untuk memburu kemenangan pertama di gelanggang sendiri nanti,” katanya.
Ditanya mengenai persembahan dua pemain import baharu, Milos Raickovic dan Mohd Sahil Suhaimi, David cukup berpuas hati dan berharap mereka dapat meningkatkan lagi kualiti permainan dalam perlawanan berikutnya.
“Saya cukup berpuas hati dengan kedua-dua pemain import ini, terutama Milos (Raickovic) yang begitu cemerlang mengemudi barisan tengah Sarawak.
"Sahil juga berjaya membentuk gandingan yang baik bersama Mateo Roskam semasa kami menyerang ke kubu Kelantan,” katanya.
Kemenangan ke atas Kelantan malam tadi membolehkan Sarawak mengutip 14 mata daripada 14 perlawanan dan menduduki tangga kesembilan dalam carta Liga Super.