Skip to main content

Bola Sepak

David Moyes teruja West Ham ungguli Liga Perdana Inggeris selepas benam Luton

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

2_73464722.jpg
Pengendali West Ham, David Moyes, menggemari kedudukan semasa The Hammers yang berada di puncak Liga Perdana Inggeris susulan merekodkan kemenangna 2-1 di Luton.

Gol daripada Jarrod Bowen dan Kurt Zouma sudah memadai untuk pelawat meraih ketiga-tiga mata, dengan tandukan masa kecederaan Mads Andersen merupakan saguhati buat tuan rumah di Kenilworth Road.

Moyes berkata, “Ia adalah Luton di laman sendiri, perlawanan pertama di Liga Perdana Inggeris dan sebaik sahaja kami berjaya, kami melakukannya dengan cukup baik.

“Untuk sementara waktu (kami berada di atas), tetapi saya suka apabila orang mengatakan kami di puncak liga dan semoga ia berterusan.

“Gerakan (Lucas) Paqueta yang berkualiti dan penyudah daripada Jarrod yang cukup baik, saya sangat gembira.

“Bukan mudah untuk datang ke sini dalam perlawanan pertama Liga Perdana Inggeris musim ini, jadi secara keseluruhan kami melakukannya dengan baik.

“Gol Kurt menjarakkan kedudukan, kami adalah pasukan yang lebih baik dan kami mungkin sepatutnya berada lebih jauh di hadapan.

“Dua atau tiga percubaan melancarkan serangan balas yang cukup baik namun ia seharusnya diterjemahkan menerusi jaringan.

“Prestasi di tempat lawan kami dahulunya buruk, tetapi permainan di tempat lawan kami cemerlang sekarang.

“Hari ini agak sama, kami bermain lebih baik, perlu bertahan dengan baik kerana gaya permainan mereka akan menyebabkan banyak masalah pasukan dan saya fikir pemain pertahanan kami melakukannya dengan sangat baik.”

Advertisement

Must Watch Video