David Moyes tabik Erik ten Hag bijak tangani tekanan urus Manchester United

Shaiful Shamsudin
Oktober 9, 2024 09:40 MYT
Bekas pengurus Manchester United, David Moyes, melabel Erik ten Hag telah bertindak cemerlang di kelab itu walaupun pengurus berbangsaan Belanda itu berdepan tekanan hebat.
United telah membuat permulaan paling buruk dalam kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila hanya meraih lapan mata daripada tujuh perlawanan setakat ini untuk menduduki tangga ke-14.
Ia rekod terburuk mereka di peringkat ini sejak 1989-90 apabila mereka menduduki tempat ke-13.
Mereka gagal mencipta kemenangan dalam lima perlawanan terakhir berikutan seri empat daripadanya, termasuk dua perlawanan pembukaan Liga Europa sejak dimalukan 0-3 kepada Tottenham di Old Trafford.
The Red Devils juga sekadar meledak lima gol liga musim ini -- yang terendah di peringkat ini dengan hanya Southampton di kedudukan ke-19 menjaringkan kurang berbanding mereka.
Oleh itu, Ten Hag kembali dihimpit tekanan dan beberapa laporan mencadangkan kelab itu sedang menyediakan pengganti yang berpotensinya biarpun pengurus tersebut menegaskan dia mendapat sokongan daripada pengurusan tertinggi kelab.
Bagaimanapun, Moyes -- yang menguruskan kelab itu yang menguruskan kelab itu kurang dalam tempoh semusim pada 2014 -- percaya pengendali berusia 54 tahun berkenaan telah menjalankan tugasnya dengan baik.
"Ia benar-benar satu tugas yang sukar tetapi apabila menggalas tanggungjawab sepertinya, begitulah yang anda perlu tanggung," katanya kepada BBC Sport.

A point on the road. Thank you for your support as always, Reds — see you after the international break ?#MUFC || #PL pic.twitter.com/EAFHUbz2YR

— Manchester United (@ManUtd) October 6, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Saya fikir Ten Hag telah menunjukkan daya tahan yang cemerlang dalam situasi yang dihadapinya. Dia harus dipuji kerana berkelakuan baik.
“Saya tidak nampak dia cuba mengelak sebarang soalan atau wawancara media jadi saya rasa anda perlu memberi penghargaan yang tinggi kepadanya atas sebab itu.
"Tetapi ia adalah satu tugas yang akan mengundang tekanan tinggi dan sentiasa ramai yang ingin memberikan pandangan.
"Saya fikir dia telah melakukan kerjanya dengan cemerlang."
#EPL
;