Skip to main content

Bola Sepak

David Luiz kembali warnai kancah Eropah

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

david-luiz.jpg
Bekas pertahanan Chelsea dan Paris Saint-Germain (PSG), David Luiz, menyertai pasukan Divisyen Satu Cyprus, Pafos.

David Luiz memeterai kontrak dua tahun dengan kelab itu, dua hari selepas meninggalkan Fortaleza.

David Luiz kembali ke kancah Eropah buat kali pertama sejak 2021 yang kali terakhir menyaksikan dia beraksi bersama Arsenal sebelum dia berpindah ke Brazil untuk mewakili Flamengo.

Sepanjang berada di Eropah, pemain berusia 38 tahun itu telah membuat 350 penampilan dalam 10 liga utama serta menyumbangkan 21 gol.

Secara keseluruhannya sepanjang kariernya, dia telah mencatatkan 744 penampilan kelab.

 

David Luiz telah memenangi trofi dengan hampir setiap kelab yang pernah diwakilinya termasuk menjulang gelaran Liga Primeira, Liga Perdana Inggeris, Liga Juara-Juara, dua trofi Liga Europa, dua gelaran Ligue 1 dan Copa Libertadores.

Dia juga telah membuat 57 penampilan bersama Brazil dan memenangi Piala Konfederasi FIFA 2013.

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video