David de Gea terima tawaran daripada Arab Saudi selepas setahun tanpa kelab

Fatin Ruzaiman
Julai 25, 2024 14:55 MYT
Bekas penjaga gol Manchester United, David de Gea, berpotensi kembali ke dalam kancah liga bola sepak selepas satu tahun berehat panjang.
Difahamkan juga, De Gea tidak berkeinginan untuk kembali beraksi dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) kecuali jika kembali bersama Manchester United.
Ini bermakna dia tidak akan pulang ke England disebabkan beberapa isu yang berkaitan pengurus United, Erik Ten Hag, yang menyebabkan penyingkirannya tahun lalu.
Penjaga gol berusia 33 tahun itu telah pun menerima beberapa tawaran menarik daripada Amerika Syarikat, Itali dan Arab Saudi.
#EPL