Skip to main content

Bola Sepak

Datuk Seri Vida ada dana untuk Kelantan FC tapi bukan jalan tutup hutang

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

datuk-seri-vida.jpg
Sedih melihat keadaan Kelantan FC yang makin suram dalam Liga Super, usahawan kecantikan tersohor negara, Datuk Seri Vida, percaya dirinya mampu menyelamatkan The Red Warriors daripada terus tenggelam.

Dia mengesahkan niatnya untuk kembali ke dunia bola sepak Pantai Timur itu, Vida memberi gambaran bahawa andai hasratnya tercapai, anak lelakinya iaitu Eric Zaquan atau dikenali sebagai 'Kacak' akan memainkan peranan utama selaku penaung kelab.

"Kelantan telah berkali-kali tukar pemilik, sampai bila nak duduk di tahap ini sahaja dan siapa pula boleh bawa bola sepak Kelantan ke tahap lebih selesa.

"Saya belum lagi bertemu Zamsaham (pemilik semasa, Norizam Tukiman). Liga sudah bermula, ada lima bulan lagi untuk habiskan musim ini. 

"Saya ada dana untuk pelan 10 tahun akan datang tapi jika dana ini hanya untuk tutup hutang sekarang ini, saya rasa ada masalah sikit. 

Menurutnya lagi: "Kali ini kami tidak akan buat sekadar kemudian hanya untuk lepaskan.





"Kali ini kami nak buat macam seorang bayi yang akan dibesarkan. 

"Saya dan Kacak banyak berbincang dan kami juga mendapatkan pandangan beberapa jurulatih 

"Satu penaja dan satu lagi penaung yang hebat. Jadi Kacak akan jadi penaung yang hebat dan saya di belakang tabir sahaja. 

"Kesian bola sepak, nak tengok apa kalau lihat macam jaguh kampung." 
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video