Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) menerusi kenyataan rasmi hari ini berkongsikan perbualan rasmi dengan salah seorang pemain warisan negara yang didakwa melakukan pelanggaran Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA (FDC) berkaitan pemalsuan dan penipuan dokumen sebelum ini.
Advertisement
Namun, pemain yang digelar sebagai 'Pemain 1' menimbulkan kekeliruan yang kuat apabila ditanyakan mengenai keturunan pemain itu.
Perkara itu susulan pemain itu menjelaskan asal usul datuknya adalah dari Vanezuela manakala neneknya pula daripada Sepanyol, sebelum kembali membetulkan kenyataannya dengan menjelaskan nenek dan datuknya berasal dari Malaysia.
"Berhubung 'Player 1', dia tidak dapat mengemukakan salinan dokumen yang diserahkan kepada ejennya ketika menghadiri satu jamuan bersama bapanya.
"Ini menyebabkan pemeriksaan hanya dapat dibuat terhadap (a) sijil kelahiran neneknya, Puan Maria Belen Concepcion Martin, lahir pada 16 Mei 1956 yang dikemukakan oleh FAM dalam siasatan kelayakan, (b) sijil kelahiran yang diperoleh oleh pihak pentadbiran FIFA, dan (c) sijil kelahiran yang dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia.
"Dalam hal ini, Jawatankuasa beranggapan kenyataan Pemain 1 penting. Dia adalah pemain terakhir yang ditemu bual, dan respons pertamanya terhadap soalan dimana neneknya dilahirkan adalah Sepanyol tetapi kemudiannya membetulkan dengan menyatakan "Malaysia".
"Kata-kata tepatnya ialah: "Datuk saya dilahirkan di Venezuela dan nenek saya di Sepanyol... maksud saya Malaysia, maaf". "kongsi FIFA dalam 146.
146 : Gabriel Palmero, pemain terakhir di temubual, 'terkantoi' dengan kenyataan ini ...
— FinaNasrom (@fnasrom) November 18, 2025
“Datuk saya lahir di Venezuela dan nenek saya di Sepanyol… maksud saya Malaysia, maaf.” pic.twitter.com/KGPMKtlsOw
Sebelum ini, FAM diarahkan membayar denda sebanyak CHF350,000 (kira-kira RM1.9 juta) kepada FIFA.
Manakala tujuh pemain terbabit iaitu Gabriel Palmero, Facundo Garcés, Rodrigo Holgado, Imanol Machuca, João Figueiredo, Jon Irazábal dan Hector Hevel masing-masing dikenakan denda CHF2,000 (lebih kurang RM10,000) serta digantung selama 12 bulan daripada semua aktiviti bola sepak.

Sepak Padu Dengan Puma
Ringan, power dan bergaya - kasut bola Puma untuk semua.
Grab Sekarang