Skip to main content

Bola Sepak

Datuk K. Rajagobal, pemain Selangor bakal warnai Selangor Football Music 2025!

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

gu3fvfhw4aaetag.jpg
Sharul Nazeem Zulpakar, Aliff Haiqal Lokman Hakimi Lau, Chrigor Moraes, Zikri Khalili dan Harith Haiqal Adam Afkar bakal hadir ke The Paddock, Petaling Jaya untuk memeriahkan lagi Selangor Football Muzic 2025 pada 5 Julai.

Penyokong tegar The Red Giants berpeluang untuk berjumpa dengan pemain-pemain itu dan juga bekas ketua jurulatih Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal, dalam sesi perkongsian separuh masa bersama SFC.

 


Dalam pada itu, antara artis tanah air yang bakal menggegarkan pentas Selangor Football Music adalah Muhammad Haqeem Nuriman (Yonnyboii), Sekumpulan Orang Gila, Bennye Francis (Benzooloo) dan ramai lagi pemuzik tempatan.

Advertisement

Must Watch Video