PSG kini memasuki tahun ke-10 tahun dalam perjanjian penyewaan selama 30 tahun itu tetapi telah menyasarkan pemilikan stadium sepenuhnya sebelum meneruskan perancangan mengubah suai stadium yang dibina sempena Piala Dunia 1998 tersebut.
Menurut datuk bandar, Anne Hidalgo, gergasi Ligue 1 itu telah mencadangkan untuk membayar €38 juta (RM187j) dalam usaha membeli tapak tersebut.
PSG dilaporkan turut berminat memiliki Stade de France dan laporan L'Equipe mendakwa kelab itu secara rasmi akan menyatakan minat hari ini.
Mereka sedang mencari gelanggang yang mampu menampung cita-cita mereka dan Parc des Princes yang memuatkan hampir 48,000 penonton bukan lagi realistik.
Bercakap kepada penyiar Perancis RFI, Hidalgo berkata: "Kami telah membuka pintu kepada kemungkinan menjual stadium kepada kelab.
?⚽️?️ After matchday 32 in #Ligue1, @KMbappe and Leo Messi confirmed their position at the top of the individual rankings!
— Paris Saint-Germain (@PSG_English) April 24, 2023
⚽️ @KMbappe - 22 goals
?️ Leo Messi - 15 assists #SCOPSG pic.twitter.com/SFwPlfDAF5
“Memang benar dalam model ekonomi kelab besar, mereka hampir merupakan pemilik kesemua kelab itu dan sudah tentu kami perlu melihat hujah ini.
“Untuk menjual, anda perlu menghormati peraturan kerana stadium itu milik masyarakat Paris, ia bukan milik saya.
"Kami terikat dengan undang-undang, jadi ada prosedurnya dan kami perlu menetapkan harga yang mesti sepadan demi kebaikan bersama.
"PSG menawarkan €38 juta. Saya fikir masuk akal adalah perkataan yang betul. Tiada lagi jalan yang lain."