Beberapa bintang bola sepak dunia bakal hadir ke Malaysia bagi menyempurnakan dua perlawanan penting menjelang kalendar Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) yang akan berlangsung pada 10 dan 13 Oktober ini.
Malaysia dipilih sebagai venue pertembungan aksi persahabatan dua pasukan yang sudah melayakkan diri ke Piala Dunia 2026, iaitu Uzbekistan dan Uruguay.
Difahamkan, antara nama besar yang akan menemui peminat tempatan ialah bekas pemain Liverpool, Darwin Nunez, yang kini bersama kelab Liga Pro Saudi, Al-Hilal, sebagai penyerang kebangsaan negara itu untuk menggempur Uzbekistan dan Dominican Republic.
Selain Nunez, kunjungan kedua Manuel Ugarte turut mendapat perhatian selepas kali terakhir ke Malaysia pada Mei lalu bersama Manchester United dalam aksi pascamusim Maybank Challenge Cup menentang ASEAN All-Stars.
Dua pemain LaLiga, Federico Valverde (Real Madrid) dan Ronald Araujo (Barcelona) turut berada dalam senarai skuad kendalian Marcelo Bielsa.
Bagi Uzbekistan pula, mereka terpaksa melupakan khidmat tonggak Manchester City, Abdukodir Khusanov, menurut senarai pemain yang dikeluarkan.
Sebagai rekod, Uzbekistan layak ke Piala Dunia 2026 dengan menduduki tempat kedua saingan Kumpulan A pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia Zon AFC pada Jun lalu.
Uruguay pula layak ke kejohanan bola sepak terbesar dunia itu dengan menduduki tempat ketiga pusingan kelayakan CONMEBOL.
Stadium Nasional Bukit Jalil dan Stadium Hang Jebat bertuah untuk menjadi tuan rumah bagi aksi hangat itu.
Dapatkan Sekarang

Estos doce juveniles viajarán a Malasia para entrenar con la Selección Mayor ✈️ pic.twitter.com/G9oZcaWHi7
— Selección Uruguaya (@Uruguay) October 3, 2025
Bagi Uzbekistan pula, mereka terpaksa melupakan khidmat tonggak Manchester City, Abdukodir Khusanov, menurut senarai pemain yang dikeluarkan.
Sebagai rekod, Uzbekistan layak ke Piala Dunia 2026 dengan menduduki tempat kedua saingan Kumpulan A pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia Zon AFC pada Jun lalu.
Uruguay pula layak ke kejohanan bola sepak terbesar dunia itu dengan menduduki tempat ketiga pusingan kelayakan CONMEBOL.
Stadium Nasional Bukit Jalil dan Stadium Hang Jebat bertuah untuk menjadi tuan rumah bagi aksi hangat itu.

Semangat Bola Tak Pernah Padam
Main lebih yakin dengan kasut bola ringan & tahan lama. Sesuai untuk semua peringkat pemain.
Dapatkan Sekarang