Penyerang Liverpool, Darwin Nunez, mendedahkan bahawa Luis Suarez banyak memainkan peranan dalam membina keyakinan rakan senegaranya di Uruguay itu.
The Reds menguasai puncak Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan kelebihan 15 mata di depan Arsenal. Penyudah kemas Nunez pada hujung minggu lalu juga membantu pasukan kendalian Arne Slot itu kembali mengikat Southampton sebelum dua sepakan penalti Mohamed Salah mengesahkan tiga mata buat Liverpool.
Padahal, dua minggu lalu Nunez terpaksa menelan kepahitan selepas Slot mempersoalkan komitmennya di atas padang, lebih-lebih lagi ketika seri dengan Aston Villa.
"Ya, kami selalu berbincang. Luis sentiasa muncul apabila keadaan menjadi teruk.
"Dia tidak gemar muncul ketika keadaan berjalan lancar,” katanya kepada TNT Sports Mexico.
“Dan itu menggambarkan tentang dirinya, tentang karakter dan kualitinya sebagai seorang manusia.
"Kalau berkesempatan, kami akan berbual sedikit tentang bola sepak dan kehidupan secara umum," katanya.