Skip to main content

Bola Sepak

Darren dalam fasa akhir sembuh tulang keting

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

darren-lok.jpg
Darren Lok enggan terburu-buru untuk kembali menjalani latihan sebaliknya mahu memastikan kecederaan yang dialaminya pulih sepenuhnya sebelum memperkuatkan semula kelab Lembah Klang itu sebaik Liga Super bersambung bulan depan.

Penyerang Petaling Jaya (PJ) City itu terpaksa berehat hampir tiga bulan ekoran keretakan di bahagian tulang ketingnya. 

Situasi itu menyaksikan pemain warisan negara berkenaan terlepas lapan perlawanan bersama The Phonenix dalam Liga Super sejak Mac lalu.

Begitupun, pemain kelahiran England itu mempunyai lebih banyak masa untuk pulih susulan tempoh rehat liga lebih daripada dua bulan.

"Saya amat bertuah kerana kami dapat rehat yang panjang. 

"Jadi saya amat bertuah kerana liga berehat panjang walaupun ada sesetengah pihak yang tidak menyenanginya kerana ia memberi ruang kepada saya untuk membuat persiapan. 

"Tapi saya amat bersyukur atas situasi ini.

"Dua bulan ini memberikan saya ruang untuk memulihkan diri. 

"Semuanya dalam keadaan baik ketika ini, saya harap diturunkan semula sebaik liga bersambung.

"Kecederaan kali ini mengambil masa yang agak lama berbanding sebelum ini, " katanya. 

 

Darren mencuri tumpuan pada awal musim ini apabila meledak tiga gol dalam tiga perlawanan pertama.

Pemain berusia 30 tahun itu kini berharap prestasi baiknya itu mampu diteruskan bagi menghadapi baki saingan musim ini.

"Saya bekerja keras untuk bermain semula. 

"Tidak semestinya saya akan ditempatkan dalam kesebelasan utama, cuma saya berharap tidak sekadar memanaskan bangku simpanan. 


"Ia mustahak buat saya untuk mendapatkan beraksi dengan kerap. 

"Pasukan-pasukan lain memiliki penyerang import tetapi di sini saya bersyukur kerana bersama PJ (City)." 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video