Skip to main content

Bola Sepak

Daripada pekerja e-hailing ke arkitek di atas padang

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ibrahim-manusi.jpg
Daripada pekerja e-hailing kepada arkitek di atas padang, pemain tengah Sri Pahang, Ibrahim Manusi, membuktikan usaha tidak pernah mengkhianati hasil.

Sebelum ini, dia hanya merupakan penghantar makanan tetapi kini mula menjadi tonggak harapan Fandi Ahmad.

Namun, ramai tidak tahu bahawa bekas rakan sepasukan Mukhairi Ajmal Mahadi itu tidak bermain bola selama tiga tahun sejak menamat pengajian di Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI). 

 

"Selepas habis persekolahan, saya sempat menyertai pemilihan tapi tidak dapat. 

"Saya pun dah kecewa jadi pilih untuk bekerja (dalam bidang lain). 

"Tapi mengenangkan saya ada bakat dalam bola sepak, saya cuba dan Alhamdulillah rezeki saya di Sri Pahang. 




"Emak yang mendorong saya agar menyertai pemilihan. Sejak tahun lalu lagi saya bersama skuad senior Sri Pahang, cuma lebih banyak minit permainan skuad B-23. 

"Akhirnya saya dapat bayar balik kepercayaan Fandi dan barisan kejurulatihan," katanya kepada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.


Untuk rekod, Ibrahim sudah melakukan 16 penampilan musim ini termasuk ketika membantu Tok Gajah mengikat Kuala Lumpur City 1-1 di Temerloh, malam tadi. 

Hasratnya kini adalah untuk membantu Tok Gajah mengukir sejarah kembali ke pentas final Piala Malaysia selepas kali terakhir melakukannya pada 2014.


"Kami memang sasar ke final, ini sahajalah peluang kami untuk musim ini (memandangkan) prestasi liga pula tidak menentu. 

"Selangkah lagi ke final, kami mahu buat yang terbaik pada Ahad depan (ini)," katanya. 
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video