Skip to main content

Bola Sepak

Daripada lawan jadi satu pasukan, bintang Muangthong sah milik Selangor

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

picha.jpg
Selangor sah menandatangani jeneral tengah Muangthong United, Picha Autra, sebagai pemain baharu memperkuat pasukan menjelang Liga Super, Ogos ini.

Perancang berusia 29 tahun itu mengucapkan selamat tinggal kepada bumi Thailand dan memilih berkelana ke Malaysia sebagai kuota pemain import Asia Tenggara (ASEAN) buat Gergasi Merah yang akan menempuh pelbagai kejohanan akan datang. 

Picha Autra bukanlah asing apabila dia pernah menghadapi skuad kendalian Katsuhito Kinoshi dalam Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2), musim lalu. 

 

Dan seperti jodoh, dia kini menyarung jersi naib juara Liga Super itu untuk meneruskan hasrat bermain di peringkat lebih kompetitif.

Sebagai rekod, Picha Autra mengumpulkan 159 penampilan dan menjaringkan empat gol bersama kelab terakhirnya, Muangthong United, sejak 2020.

Dia juga pernah mewakili skuad senior Thailand sebanyak sembilan kali sejak 2019.

Advertisement

Must Watch Video