"Dari Selangor ke Solo"
Jurulatih kecergasan, Khairul Anwar Md Isa, tekad mengharumkan nama malaysia meskipun hanya individu dibelakang tabir pasukan.
Bekas jurulatih kecergasan Selangor dan Kedah Darul Aman itu menyertai Persis Solo menjelang saingan Liga 1 Indonesia yang akan membuka tirai pada Ogos depan.
Malah, jurulatih yang mesra disapa Anh ini muncul jurulatih kecergasan pertama dari Malaysia berkelana ke Indonesia.
"Mungkin saya rasa di Liga Indonesia belum ada lagi menggunakan khidmat jurulatih kecergasan daripada Malaysia. Jadi ini satu tanggungjawab besar untuk cuba yang terbaik dan berikan segala pengalaman dan pengetahuan saya.
"Saya sebagai rakyat Malaysia akan cuba yang terbaik untuk mengharumkan nama negara di sini." katanya.
Selain Anh, Persis Solo juga mendapatkan khidmat bekas juru analisis skuad Harimau Malaya, Zulhazman Zulazwar, tatkala kelab yang berpangkalan di Jawa Tengah itu dibimbing oleh Peter De Roo yang juga bekas pengarah teknikal Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).