Skip to main content

Bola Sepak

Dari pintu gol ke pintu hati -- FIFA letak Arif Aiman sebaris Angel di Maria

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

arif-aiman.jpg
Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) menerusi laman sosial meletakkan pemain dua pemain sayap, Arif Aiman Hanapi dan juga Angel Di Maria dalam satu imej yang dimuat naik.

FIFA telah memuat naik satu hantaran berhubung dua pemain sayap lincah itu sekali gus mencuri perhatian peminat bola sepak tanah air.

Arif yang juga merupakan pemenang Anugerah Pemain Paling Bernilai (MVP) Liga Malaysia menjadi watak penting pada peringkat kelab dan juga skuad Harimau Malaya.

Angel Di Maria juga merupakan lagenda Paris Saint Germain (PSG) yang kini beraksi bersama Benfica juga merupakan juara dunia pada tahun 2022 bersama skuad kebangsaan Argentina.

Laman FIFA World Cup memfokuskan kepada gaya jaringan dua pemain ini yang menunjukkan tanda hati selepas menjaringkan gol.

“Dari pintu gol ke pintu hati,” ujar laman FIFA.

Pencapaian tertinggi tonggak Johor Darul Ta’zim (JDT) itu bersama skuad Harimau Malaya adalah ketika membantu pasukan kebangsaan beraksi di Piala Asia 2023 di Qatar.

Aiman juga merekodkan satu jaringan pada minit ke-62 berdepan pasukan ke-22 dunia, Korea Selatan ketika membantu Malaysia merekodkan keputusan seri 3-3 berdepan Taeguk Warriors pada aksi terakhir Kumpulan E, Piala Asia 2023.

Advertisement

Must Watch Video