Juara Liga 1 Indonesia, Persib Bandung, semakin rancak menandatangani pemain baharu bagi memperkuat pasukan menjelang musim akan datang.
Skuad kendalian Bojan Hodak dalam perancangan untuk mempersiap pasukan apabila akan berlawan dalam playoff Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2), sekali gus menaruh harapan menjadi wakil negara untuk bertanding dalam peringkat tertinggi Asia itu.
Selepas ketiadaan Perak dalam kancah Liga Super musim hadapan, Pangeran Biru pantas menyambar pemain import, Luciano Guaycochea, sebagai arkitek untuk membantu merealisasikan misi seterusnya Persib Bandung.
Untuk rekod, pemain berusia 33 tahun itu cukup terkenal bersama The Bos Gaurus ekoran merupakan saudara rapat kepada bintang Liverpool yang berjaya merangkul kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL), Alexis Mac Allister.
Menerusi hantaran di X, Mac Allister mengucapkan selamat maju jaya kepada ahli keluarganya dan berharap semoga Lucho menemui rentak kejayaan.
"Saya mendoakan yang terbaik buat kamu Lucho," katanya.
Sepanjang bersama Perak, Lucho mencatatkan 46 penampilan dan berhasil menjaringkan 18 gol.

A special welcome from Mac Allister to Luciano Guaycochea ??❤️ #WeArePERSIB pic.twitter.com/eH0rC74b13
— PERSIB (@persib) June 25, 2025