Skip to main content

Bola Sepak

Dari Muangthong ke Selangor, Picha Autra senjata baru Selangor?

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

pica.jpg
Selangor difahamkan bakal diperkuatkan perancang tengah dari Muangthong iaitu Picha Autra bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim 2025/26.

Pemain berusia 29 tahun itu juga merupakan pemain kebangsaan Thailand, dengan sepanjang karier bola sepaknya menyaksikan dia telah membuat 273 penampilan bersama kelab dan telah mengumpul 23 gol serta 21 bantuan jaringan.

 



Mengikut wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, berkongsikan bahawa media Thailand melaporkan pemain kelahiran Chiang Mai itu akan menyertai Selangor.

Untuk rekod, pasukan Liga M musim ini boleh mendaftarkan seramai 15 pemain import dengan dua pemain dibenarkan daripada negara ASEAN berbanding musim lalu hanya seorang pemain.

Advertisement

Must Watch Video