Rodrigo Holgado mungkin tidak lahir di Malaysia tetapi tiada siapa boleh menyangkal dia sememangnya berjiwa Malaysia, lebih-lebih lagi atas segala pengorbanannya buat Harimau Malaya.
Bayangkan, pemain berdarah Malaysia-Argentina itu terpaksa melalui penerbangan lebih 30 jam dari Colombia ke Malaysia semata-mata untuk mewakili skuad negara dalam aksi pusingan kelayakan Piala Asia menentang Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Selasa lalu.
Biarpun umum mengetahui dia tidak memiliki waktu rehat yang mencukupi, Holgado tetap menggalas tanggungjawab sebagai kesebelasan pemula dalam perlawanan itu, bahkan kepalanya turut 'bocor' berlaga dengan pemain Vietnam sebelum dia menjaringkan gol pada minit ke-59.
Dia menerima beberapa jahitan di kepalanya selepas perlawanan itu dan tidak sampai 24 jam, dia terpaksa melewati 30 jam penerbangan lagi untuk kembali berkhidmat bersama kelabnya di Colombia, America de Cali.
Setibanya dia di Colombia, Holgado terus membantu pasukannya menentang Deportes Tolima dalam saingan Primera A, di mana dia dimasukkan sebagai pemain gantian selepas waktu rehat.
Di sebalik jadualnya yang amat-amat padat itu, Holgado masih sempat untuk mencuri masa bagi menghadiri majlis penerimaan anugerah anak lelakinya seperti yang dikongsikannya dalam satu kiriman IG Story sebentar tadi.
"Bangga dengan kamu anakku," tulisnya dalam kiriman berkenaan.
Terima kasih Holgado atas apa yang telah anda curahkan buat pasukan negara!