BOLA SEPAK
Dari Brisbane ke Banten, pemain diaspora Indonesia sah milik Dewa United
Pemain diaspora Indonesia, Rafael Struick, sah menyertai pasukan Indonesia Super League, Dewa United.
Perkara itu diumumkan kelab yang berpengkalan di Banten berkenaan dalam satu kiriman media sosial malam tadi.
"Anda sudah melihatnya terbang bersama negara, kini lihatnya bangkit bersama Banten Warriors," tulis Dewa United.
Iklan
Sebagai rekod, Struick, 22, merupakan pemain kelahiran Leidschendam, Belanda, yang memilih untuk mewakili Indonesia sejak 2022.
Dia mewakili kelab Australia, Brisbane Roar, dari 2004 selepas beraksi bersama ADO Den Haag sejak 2022.
Must-Watch Video



