Skip to main content

Bola Sepak

Dapat tahu wakili Malaysia melalui media sosial -- Richard Chin cerita tentang Harimau Malaya

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

chin.jpg
Penampilan pertama Richard Chin sebagai warisan baharu Harimau Malaya mendapat reaksi positif peminat tempatan meskipun sekadar beraksi 10 minit ketika menentang Palestin dalam perlawanan persahabatan antarabangsa tier 1, baru-baru ini.

Pemain berusia 22 tahun itu merupakan tonggak Raith Rovers ke-10 yang meraih sekurang-kurangnya satu penampilan antarabangsa ketika bersama kelab itu.

Dalam satu temu bual di Youtube, pemain kelahiran London, England itu mengungkap perasaan berbeza ketika menyarung jersi skuad kebangsaan buat kali pertama. 

Dia meluahkan keterujaannya yang berbangga dapat bermain untuk Malaysia, sambil menerima pengalaman berharga sewaktu kem latihan pasukan negara. 

"Saya sangat menikmati momen bersama Malaysia.

"Bermain untuk negara sentiasa menjadi impian saya. Selepas segala proses pendokumentasian selesai dan saya berhasil mendapatkan pasport.

"Mereka (Persatuan Bolasepak Malaysia - FAM) ada menghantar beberapa perkara dan menghubungi saya juga. 

"Saya tidak tahu rentetan daripada kemas kini sehingga saya mengetahui bahawa saya akan mewakili Malaysia melalui pengumuman di media sosial.

"Ia adalah saat paling bangga dalam hidup saya. Walaupun beberapa minggu sudah berlalu, saya masih gembira," katanya kepada Raith Rovers.

Tonton wawancara penuh di sini:

 

Advertisement

Must Watch Video