Skip to main content

Bola Sepak

Danilo tinggalkan kem latihan Real di LA

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

23717danilo.jpg
Ketua jurulatih Real Madrid, Zinedine Zidane, mengesahkan Danilo telah meninggalkan kem latihan pasukan itu di Los Angeles untuk menyempurnakan penghijrahannya ke kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City.

Pertahanan kebangsaan Brazil itu dilihat bakal menjadi pemain kelima terbaru City selepas pengurus pasukan, Pep Guardiola, mendapatkan khidmat Bernardo Silva, Ederson, Douglas Luiz dan Kyle Walker.

Dia kini dijangka akan menjalani ujian kesihatan dan menyempurnakan perpindahan bernilai GBP26 juta (RM144 juta).

Danilo akan bersaing dengan Walker untuk merebut tempat sebagai bek kanan.

Pemain berusia 26 tahun itu menyertai Real pada 2015 dan telah memenangi Liga Juara-Juara (UCL) dan LaLiga, musim lepas.

Advertisement

Must Watch Video