Daniel Ting sah kembali ke pangkuan JDT
Ammar Hakim
Jun 27, 2022 16:26 MYT
Jun 27, 2022 16:26 MYT
Bekas pertahanan KL City, Daniel Ting, telah diumumkan secara rasmi sebagai pemain terbaru juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT).
Daniel Ting yang sebelum ini cemerlang ketika beraksi bersama KL City merangkul Kejuaraan Piala Malaysia 2021 tidak lagi bersama skuad warga kota atas sebab-sebab dipercayai kerana vaksinasi kini disahkan sebagai pemain JDT.
JDT bukanlah asing buat pemain kacukan England-Malaysia berumur 29 tahun itu memandangkan sebelum ini pernah beraksi bersama JDT 2 pada musim 2016 hingga 2017 sebelum dipinjamkan ke Negeri Sembilan dan membuat 17 penampilan bersama PKNS setahun kemudian.
JDT kini memiliki senarai pemain berkualiti tinggi untuk pasaran Asia dan benar-benar bersedia menghadapi cabaran pusingan kalah mati Liga Juara-juara AFC yang bakal bersambung.
Selain Daniel Ting, JDT turut dikaitkan dengan beberapa pemain warisan seperti Dion Cools selain turut dikaitkan dengan pemain kacukan bertaraf warisan Indonesia, Jordi Amat.
WELCOME HOME! ??#DanielTing#NewSigning pic.twitter.com/F924zohCoz
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) June 27, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.