Dani Olmo rekrut baru perkemas barisan Barcelona


Ogos 10, 2024 10:21 MYT
Dani Olmo menjadi pemain kedua yang diikat Barcelona dalam jendela perpindahan musim ini selepas melengkapkan perpindahannya yang berharga £47 juta (RM265.1j) daripada RB Leipzig.
Olmo yang membintangi EURO 2024 untuk menghadiahkan trofi keempat Sepanyol pertandingan itu telah menandatangani perjanjian selama enam tahun berserta klausa pelepasan £428.5j (RM2.4 bilion).
Perpindahan itu menamatkan zamannya bersama Leipzig, pemain Sepanyol itu meninggalkan kelab itu setelah menjaringkan 29 gol dan menambah 34 bantuan dalam 148 penampilan dalam semua pertandingan.
Olmo mencipta 32 peluang dalam 21 perlawanan Bundesliga tahun lalu dengan jumlah keseluruhannya hanya diungguli oleh Lois Openda (35), Benjamin Henrichs (40), David Raum (68) dan Xavi Simons (79) dalam skuad Leipzig.
Sepanjang Kejohanan Eropah di Jerman yang lalu, Olmo menjadi pemain Sepanyol pertama yang meledak gol dalam tiga perlawanan berturut-turut walaupun hanya memulakan tiga daripada tujuh perlawanan buat La Roja.

Back at home ? pic.twitter.com/ZHXGG8Zzd7

— FC Barcelona (@FCBarcelona) August 9, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Lima penglibatan golnya (tiga gol, dua bantuan jaringan) juga merupakan yang tertinggi oleh seorang pemain Sepanyol dalam sesebuah kejohanan utama sejak David Silva melakukannya dalam EURO 2012 (dua gol, tiga bantuan jaringan).
Olmo merupakan pembelian kedua Hansi Flick yang dilantik sebagai pengurus baru selepas ketibaan Pau Victor daripada Girona dengan bayaran €3j (RM16.9j).
Juara LaLiga sebanyak 27 kali itu akan memulakan kempen liga mereka di Valencia, minggu depan.
#LaLiga
;