'Danger' hanya salah faham, tak pernah rasa tak selamat di Malaysia -- Kim Pan-gon
Saufi Tahir
Julai 17, 2024 08:30 MYT
Julai 17, 2024 08:30 MYT
Maksud perkataan 'danger' yang dikatakan oleh bekas pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon, dalam sidang media sebelum ini hanyalah berikutan penguasaan bahasa Inggeris yang kurang baik hingga menyebabkan berlakunya salah faham.
Melalui wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, menjelaskan maksud perkataan 'Danger' yang diguna pakai oleh jurulatih berusia 55 tahun itu.
“Ia lebih berkaitan taktikal dan pembangunan pasukan, tak sesuai didedahkan. Saya tak pernah rasa tak selamat di Malaysia dan mungkin kerana penguasaan bahasa Inggeris kurang baik salah faham terjadi,” Kim Pan Gon on maksud 'Danger'.@ASTROARENA pic.twitter.com/2tKpt9eZCp
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) July 17, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Ia lebih berkaitan taktikal dan pembangunan pasukan, tak sesuai didedahkan. Saya tak pernah rasa tak selamat di Malaysia dan mungkin kerana penguasaan bahasa Inggeris kurang baik, salah faham terjadi,"
Pan-gon sebelum ini tidak mendedahkan butiran menyebabkan dia mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan dalam sidang media kerana 'very dangerous' (amat berbahaya) hingga mendapat reaksi pelbagai pihak.
? Sekitar sidang media pengumuman peletakan jawatan Kim Pan Gon sebagai ketua jurulatih skuad Harimau Malaya di Wisma FAM, Kelana Jaya, hari ini. Baca penuh siaran media di https://t.co/QPYaW1jf34#FAM #HarimauMalaya pic.twitter.com/7Rbqwelcgx
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) July 16, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Tanggungjawab mengendalikan pasukan kebangsaan akan digalas oleh pemangku jurulatih, Pau Marti untuk sekurang-kurangnya menghadapi kejohanan Pestabola Merdeka 2024 dan ASEAN Mitsubishi Electric Cup 2024.