Melalui wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, menjelaskan maksud perkataan 'Danger' yang diguna pakai oleh jurulatih berusia 55 tahun itu.
βIa lebih berkaitan taktikal dan pembangunan pasukan, tak sesuai didedahkan. Saya tak pernah rasa tak selamat di Malaysia dan mungkin kerana penguasaan bahasa Inggeris kurang baik salah faham terjadi,β Kim Pan Gon on maksud 'Danger'.@ASTROARENA pic.twitter.com/2tKpt9eZCp
β Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) July 17, 2024
"Ia lebih berkaitan taktikal dan pembangunan pasukan, tak sesuai didedahkan. Saya tak pernah rasa tak selamat di Malaysia dan mungkin kerana penguasaan bahasa Inggeris kurang baik, salah faham terjadi,"
Pan-gon sebelum ini tidak mendedahkan butiran menyebabkan dia mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan dalam sidang media kerana 'very dangerous' (amat berbahaya) hingga mendapat reaksi pelbagai pihak.
? Sekitar sidang media pengumuman peletakan jawatan Kim Pan Gon sebagai ketua jurulatih skuad Harimau Malaya di Wisma FAM, Kelana Jaya, hari ini.
β FA Malaysia (@FAM_Malaysia) July 16, 2024
Baca penuh siaran media di https://t.co/QPYaW1jf34#FAM #HarimauMalaya pic.twitter.com/7Rbqwelcgx
Tanggungjawab mengendalikan pasukan kebangsaan akan digalas oleh pemangku jurulatih, Pau Marti untuk sekurang-kurangnya menghadapi kejohanan Pestabola Merdeka 2024 dan ASEAN Mitsubishi Electric Cup 2024.