Skip to main content

Bola Sepak

Dakwaan Peter Cklamovski letak jawatan 'spekulasi liar'

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

peterrr.jpg

Tular di media sosial baru-baru ini mengenai dakwaan ketua jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski, yang bakal meletakkan jawatan selepas aksi bertemu Nepal minggu depan dalam kempen Kelayakan Piala Asia 2027.

Spekulasi itu turut menjadi bualan media Indonesia lebih-lebih lagi selepas Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) menolak rayuan terhadap Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan tujuh pemain warisan negara.

Ia membabitkan Gabriel Felipe Arrocha, Facundo Tomás Garces, Rodrigo Julian Holgado, Imanol Javier Machuca, Joao Vitor Brandao Figueiredo, Jon Irazabal Iraurgui dan Hector Alejandro Hevel Serrano.





 

Advertisement

Pelanggaran Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA (FDC) berkaitan pemalsuan dan penipuan dokumen itu menyaksikan setiap pemain diperintahkan membayar denda sebanyak CHF 2,000 (RM1,0411.55) kepada FIFA, manakala FAM diperintahkan membayar denda sebanyak CHF 350,000 (RM1.8 juta) kepada FIFA.

Sementara itu, spekulasi peletakan jawatan itu dinafikan oleh pemangku Presiden FAM, Datuk Mohd Yusoff Mahadi, yang menjelaskan: "Tiada komen. Spekulasi liar? Saya pun anggap ia (spekulasi) liar." katanya seperti dilaporkan media tempatan.

Untuk rekod, sejak membimbing Harimau Malaya pada Januari lalu, pengendali kelahiran Australia itu telah mencatatkan rekod bersih tanpa tewas menerusi enam kemenangan selain satu keputusan seri ketika aksi persahabatan menentang Cape Verde di cheras pada Mei lalu.




 

Skuad negara dalam persiapan terakhir berdepan Nepal di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Selasa ini, ketika ini Malaysia mengungguli saingan Kumpulan F dengan 12 mata selepas empat perlawanan tanpa sebarang kekalahan.

Must Watch Video