AC MILAN 3 LUDOGORETS 0
Penyerang AC Milan, Patrick Cutrone, telah dibandingkan dengan penggempur kesayangan Rossoneri, Felipe Inzaghi, selepas buat sekian kali menemui sentuhan penyudah dalam kemenangan 3-0 ke atas Ludogorets dalam Liga Europa, awal pagi tadi.
Ia gol ke-13 yang dicetak Cutrone musim ini -- tandukan tipis hasil hantaran lintang Hakan Calhanoglu -- untuk membuka jaringan buat Milan sebelum kekasaran Cosmin Moti ke atas penyerang itu menghadiahkan penalti yang disudahkan oleh Ricardo Rodriguez.
Fabio Borini tampil dari bangku simpanan untuk menjaringkan gol ketiga Milan pada masa kecederaan, namun nama Cutrone, 20, terus dilaungkan.
Prestasi sedemikian menyaksikan Cutrone disifatkan jelmaan Inzaghi paling ideal -- bekas pemain antarabangsa Itali itu merekodkan 126 gol dalam 300 penampilan bersama Milan.
"Saya gembira kerana dia merupakan penyerang Milan yang hebat tetapi masih terlalu awal untuk membuat perbandingan seperti itu," kata Cutrone kepada Sky Sport Italia.
Membincangkan perlawanan itu, dia menambah: "Ini adalah permainan yang sangat sukar, kami berjaya walaupun berdepan tekanan awal.
"Saya gembira dengan apa yang kami lakukan dan sentiasa mengucapkan terima kasih kepada rakan sepasukan atas jaringan yang saya lakukan.
"Saya kehilangan bola beberapa kali, namun saya bekerja keras dan tidak sabar untuk memperbaiki diri," tambahnya.