Skip to main content

Bola Sepak

Cutrone bakal sertai Wolves

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

patrick-cutrone.jpg
Patrick Cutrone mendedahkan kecewa meninggalkan AC Milan tetapi teruja untuk menyertai kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Wolves.

Skuad kendalian Nuno Espirito Santo itu dilaporkan hampir melengkapkan perpindahan Cutrone yang bernilai EURO21.9 juta (RM100 juta), yang mengesahkan semalam bersetuju untuk meninggalkan San Siro.

Cutrone cemerlang beraksi bersama skuad kendalian Gennaro Gattuso itu dua musim lalu selepas meledak 18 gol sepanjang musim.

Bagaimanapun, selepas kurang diberi peluang beraksi bagi musim 2018-19, dia kini di ambang penghijrahan ke England.

"Adakah saya kecewa, anda boleh melihat sendiri. Tiada apa yang boleh saya katakan, saya sentiasa bersedia untuk beraksi.

"Saya mengucapkan semoga berjaya buat semua rakan sepasukan dan penyokong Milan. Penghijrahan ini memberikan kesan kepada saya tetapi keputusan demi masa depan harus diambil.

"Saya akan cuba melakukan yang terbaik. Saya teruja untuk beraksi bersama Wolves. Ia merupakan cabaran baru buat saya."

Cutrone menyertai akademi Milan pada 2007 dan memenangi satu kemunculan bersama Itali ketika berdepan Argentina, Mac lalu.

Advertisement

Must Watch Video