Meskipun mendahului dengan kedudukan 2-0 pada awal permainan, namun ia tidak menghalang juara Piala FA Inggeris, Crystal Palace, untuk melakar kebangkitan sensasi menewaskan Liverpool, semalam.
Sebagai tanda bermulanya saingan musim baharu Liga Perdana Inggeris (EPL), Crystal Palace merangkul kejuaraan Perisai Komuniti, sekali gus mengorak pembukaan dengan penuh bergaya.
Menariknya di sini, skuad kendalian Arne Slot menemui sentuhan emas daripada pemain baru iaitu Hugo Ekitike dan Jeremie Frimpong yang secara rasminya mula mencetak nama sebagai penjaring, sebelum Jean-Philippe Mateta dan Ismaila Sarr menyamakan keputusan 2-2.
Perlawanan terpaksa dilanjutkan ke penentuan sepakan penalti dan Palace memiliki kelebihan besar.
Ini kerana, bintang juara EPL musim lalu itu, Mohamed Salah, Alexis Mac Allister dan Harvey Elliot gagal menyempurnakan sepakan dan memberi ruang buat Palace mencipta kemenangan.
Keputusan akhir 3-2 menerusi sepakan Justin Devenny untuk Palace membawa pulang Perisai Komuniti buat kali pertama dalam sejarah.
Begitupun, The Reds dalam misi besar untuk mengekalkan kejuaraan besar dalam kancah tertinggi England itu, selain menjadi gergasi dalam Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim ini.

Ebere Eze and the Community Shield ?#CPFC pic.twitter.com/7XScTyTURc
— Crystal Palace F.C. (@CPFC) August 10, 2025